Kami telah beroperasi sejak tahun 2011. Kami membaikpulih kereta buatan Malaysia, Jepun dan Korea yang berusia lebih dari 2 tahun, serta beberapa model kereta Continental model lama. Antara aktiviti perniagaan kami adalah membaikpulih enjin, gearbox, serta servis aircond secara keseluruhan. Selain itu. kami juga melakukan servis minor seperti tukar minyak hitam, minyak auto/gear, servis sistem brek, penukaran suspension, lower arm, drivehshaft dan lain-lain lagi. Kami menggunakan minyak keluaran dari Petronas, Liqui Moly dan OSK. Kami juga ada menjual bateri keluaran Quantum dan beberapa jenis jenama tayar.