Back
Warisan Reka Bina ZSK banner company

Warisan Reka Bina ZSK

Employees · Other industries

About Warisan Reka Bina ZSK

Warisan Reka Bina ZSK merupakan syarikat bumiputera berdaftar yang menawarkan servis pembinaan rumah banglo di atas tanah sendiri. Syarikat ini terletak di MITC, Melaka dan projek pembinaan hanya bertumpu di Melaka. Syarikat ini telah membina lebih dari 50 buah rumah sejak ditubuhkan pada tahun 2014. Warisan Reka Bina ZSK telah berkembang dan mendapat tempat yang istimewa di hati pemilik rumah kerana kualiti, dan konsultansi yang diberikan. Membantu pemilik rumah mereka dan membina dari awal sampai akhir rumah ini dibina, kami mempunyai kakitangan yang berpengalaman dalam industri dan boleh memberikan tunjuk ajar kepada pemilik rumah yang ingin menggunakan servis ini.


Pemilik rumah yang ingin membuat rumah boleh meminta pelbagai jenis design rumah yang mereka minati. Sekiranya tiada, syarikat ini juga menyediakan katalog rumah dengan pelbagai reka bentuk design rumah yang telah disediakan. Semuanya mudah dengan Warisan Reka Bina ZSK kerana segalanya sudah tersedia.


Visi dan misi kami adalah untuk merealisasikan impian pelanggan kami dan memberikan khidmat yang terbaik untuk mereka. Warisan Reka Bina ZSK bersungguh untuk menyatukan segala idea untuk memberikan terbaik buat semua pelanggan. Kualiti perkhidmatan yang diberikan juga tiada tandingan agar semua pelanggan gembira dan berpuas hati dengan servis. Warisan Reka ZSK bantu untuk membina masa depan yang cerah dan persekitaran yang cantik untuk masa depan keluarga pelanggan.



Warisan Reka Bina ZSK Business Information

Company Name

Warisan Reka Bina ZSK

Company Type

-

Company Size

Industry

Other industries

Company SSM No

-

Job Vacancies

0