KOPERASI POS NASIONAL BERHAD
Sejarah telah mencatatkan Koperasi Kredit pertama yang didaftarkan adalah The Postal & Telecommunications Co-operative Thrift & Loan Society, West Malaysia, Limited yang didaftarkan pada 21 Julai 1922 . Sejumlah besar anggota koperasi ini adalah terdiri dari pekerja Jabatan Perkhidmatan Pos dan Telekom dan juga dari kakitangan Bank Simpanan Pejabat Pos (yang nama sekarangnya Bank Simpanan Nasional) .
Aktiviti utama KOPONAS adalah memberi pinjaman / kredit kepada anggota KOPONAS berlandaskan prinsip syariah.
KOPONAS menyediakan pelbagai pinjaman kepada anggota bagi menjaga kepentingan dan kebajikan anggota.Antara pinjaman yang disediakan KOPONAS kepada anggota seperti :-
- Pinjaman Al Bai" Bithaman Ajil
- Pinjaman Tawarruq
- Takaful kenderaan dan sebagainya.
Disamping itu,KOPONAS juga menjalankan aktiviti lain seperti pelaburan,hartanah dan peruncitan.
Koponas turut menyediakan perkhidmatan pelancongan kepada anggota-anggota.
Visi dan Misi Koponas adalah seperti berikut :-
Visi
- Koperasi Pos Nasional sebuah Koperasi bertaraf Professional berlandaskan prinsip – prinsip Islam
Misi
- Koperasi Pos Nasional Berhad sebagai Institusi Tabungan Pembiayaan berlandaskan Islam kepada anggotanya
- Memberi perkhidmatan dan kebajikan yang berkualiti
- Menepati kehendak-kehendak anggotanya dan dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan