Employees · Other industries
1. Umum
Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.
2. Khusus
Akan ditetapkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab mengikut keperluan perkhidmatan dan tugas.
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Imbuhan Tetap : Khidmat Awam : RM 115.00
Perumahan : RM 300.00
3. Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan mempunyai pengalaman di dalam bidang perkeranian sekurang-kurangnya 3 tahun
c) Kelayakan Lantikan Ke Gred N19
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00)
ATAU
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40);
ATAU
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
DAN
Syarat Bahasa Melayu : Calon lantikan hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM (CUEPACS)
-
Other industries
-
0