Kolej ini dibangunkan berdasarkan cita-cita dan wawasan pengasas dan pemegang saham untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang cemerlang.
Kolej ini berhasrat untuk menjadi penyedia perkhidmatan pendidikan terkemuka bagi penduduk luar bandar.
Kolej ini akan berusaha ke arah menghasilkan hubungan terbaik dan berintegriti dengan rakan-rakan strategik bagi memastikan penyampaian perkhidmatan cemerlang dan mematuhi segala peraturan-peraturan yang berkaitan.
Kolej ini menggalakkan kecemerlangan individu dan kumpulan serta menitik beratkan tenaga kerja yang cekap dan kerja berpasukan.