Back
Fokas Enterprise banner company

Fokas Enterprise

Company SSM No 0350420-U · 1-50 Employees · Insurance

About Fokas Enterprise

Di PruBSN, kami berhasrat mewujudkan persekitaran yang membolehkan para pekerja kami mencari nilai dan makna dalam pekerjaan mereka, di samping memberikan prestasi cemerlang buat para pelanggan, pemegang saham dan komuniti kami. Ini penting dalam memastikan kejayaan kami dan dilaksanakan melalui tumpuan terhadap perkara-perkara berikut:


Pembangunan Bakat & Program Latihan yang Teguh

Kami menyediakan peluang yang mencukupi untuk pembelajaran dan pertumbuhan dengan menawarkan latihan dalaman serta program awam, bengkel dan seminar untuk semua pekerja kami.

 

Memacu Kepimpinan

Usaha kami dalam mencapai tahap kepimpinan yang baik bukan setakat di peringkat pengurusan tertinggi sahaja. Kami mempersiapkan bakat kami di peringkat awal bagi memastikan barisan pemimpin yang kukuh di masa hadapan. Melalui Program Pembangunan Kepimpinan kami yang telah diberi pengiktirafan, pekerja yang berpotensi tinggi dikenal pasti dan dinilai untuk menentukan kekuatan individu dan bidang yang perlu dibangunkan.

 

Prestasi & Ganjaran

Kami berusaha ke arah merealisasikan kaedah penggajian-mengikut-prestasi  melalui sistem ganjaran yang memastikan keseluruhan syarikat dan keputusan perniagaan serta prestasi individu dan tingkah laku, dapat dilihat dalam ganjaran setiap pekerja.

 

Penglibatan Pekerja

Kami menggalakkan dialog yang berterusan dan terbuka di kalangan wargakerja kami melalui forum dan kaji selidik, juga melalui budaya kepimpinan yang teguh dan maklumbalas yang jujur di antara pengurus dan pekerja. Kami juga amat menggalakkan aktiviti sukarelawan oleh pekerja kami sebagai satu cara untuk menyokong komuniti dan memperoleh kemahiran baru.

 

Kepelbagaian & Rangkuman

Kami komited untuk membangunkan dan mengekalkan budaya tenaga kerja kami yang pelbagai dan menyeluruh.

Fokas Enterprise Business Information

Company Name

Fokas Enterprise

Company Type

-

Company Size

1-50

Industry

Insurance

Company SSM No

0350420-U

Job Vacancies

0

Company Social Media

social media