Back
FITNESS HIGHWAY - KELAB LENGGOK SENI TARI banner company

FITNESS HIGHWAY - KELAB LENGGOK SENI TARI

Company SSM No 0368837-X · 1-50 Employees · Arts / Design / Fashion

About FITNESS HIGHWAY - KELAB LENGGOK SENI TARI

FITNESS HIGHWAY

Visi Kumpulan Persembahan :

Menjadi kumpulan persembahan yang dikagumi dalam seni persembahan, dan menjadi kumpulan persembahan Nombor 1 di Perak.

 

Misi :

Melatih dan mengurus sekurang-kurangnya 5 kumpulan persembahan pada 2018.

Menawarkan kepelbagaian dalam persembahan, merangkumi teater, tarian tradisional, kontemp, koir, nasyid dll.

Membuat persembahan di program formal dan yang berprestij serta aktif dalam memasarkan khidmat persembahan.

 

Fitness Highway merupakan pusat kecergasan dan mempunyai sebuah studio pelbagai fungsi untuk tujuan kelas latihan senaman, tarian, dan juga kelas pertahanan diri. Bidang khidmat seni persembahan merupakan initiatif syarikat dalam menaikkan seni budaya masyarakat Malaysia, oleh itu Kelab Lenggok Seni Tari Fitness Highway diwujudkan di bawah pengurusan syarikat bagi mempromosi warisan bangsa ini. Kelas tarian yang dijalankan telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan penduduk setempat kerana ianya merupakan program pertama yang dijalankan di daerah Hulu Perak.

 

Terletak di bandar Gerik, Perak, merupakan pusat seumpamanya yang terbesar di Hulu Perak, menawarkan kemudahan seperti; gimnasium, kelas tarian, kelas seni pertahanan diri, aerobik, Zumba dll. Syarikat menekankan aspek ekslusif dan profesional. Turut mempunyai kumpulan tarian di bawah pengurusan syarikat yang menawarkan khidmat persembahan tarian, koir, teater dll, dan menerima pelbagai jemputan persembahan serata Malaysia. Bidang seni persembahan baru sahaja diceburi oleh pihak syarikat dan mempunyai potensi besar untuk maju dalam masa terdekat.

FITNESS HIGHWAY - KELAB LENGGOK SENI TARI Business Information

Company Name

FITNESS HIGHWAY - KELAB LENGGOK SENI TARI

Company Type

-

Company Size

1-50

Industry

Arts / Design / Fashion

Company SSM No

0368837-X

Job Vacancies

0

Company Social Media

social media