Back
DAS PUBLISHING SDN. BHD. banner company

DAS PUBLISHING SDN. BHD.

Company SSM No 616066-A · 1-50 Employees · Printing / Publishing

About DAS PUBLISHING SDN. BHD.

Majalah JUTAWAN merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu terbitan bermutu DAS Publishing Sdn Bhd, yang memberi penekanan berkaitan keusahawanan dan perniagaan. Berobjektifkan membantu usahawan mengembangkan perniagaan dan meningkatkan keyakinan serta motivasi diri melalui perkongsian kejayaan dengan usahawan-usahawan lain, nyata ia platform tepat dijadikan bahan bacaan usahawan atau individu yang berminat kepada industri tersebut bersesuaian dengan motonya, Wadah Informasi Usahawan.


Pelbagai paparan eksklusif dikupas melalui beberapa segmen seperti INSPIRASI KITA (Tokoh keusahawanan), JUTAWAN FRANCAIS, KONGSI JAYA, JEJAK JUTAWAN, JUTAWAN IT, BELIA NIAGA, LUAR NEGARA, SOAL JAWAB PENGGUNA dan KEHIDUPAN. Lain-lain segmen seperti SANTAI (Lokasi percutian pilihan), TERKINI (Restoran & resipi), BAUCAR (Promosi produk terkini bersama baucar diskaun) dan pelbagai aktiviti perniagaan melalui SANA SINI.


Majalah JUTAWAN diedarkan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, selain Singapura dan Brunei. Majalah ini berharga RM8.90 senaskhah dan boleh didapati di mana-mana bookstore utama seperti mynews.com, MPH, Border, BHPetrol dan 7-Eleven (terpilih). Sasaran pembaca JUTAWAN adalah dari lingkungan 20 tahun ke atas.


Nantikan kemunculan Majalah JUTAWAN setiap isu dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi dan informasi terkini untuk santapan minda anda sekeluarga.

 
Product & Services

Membantu usahawan mengembangkan perniagaan yg dijalankan melalui paparan dalam majalah dan juga meningkatkan keyakinan dan motivasi diri usahawan terbabit melalui perkongsian kejayaan usahawan lain.

 

DAS PUBLISHING SDN. BHD. Business Information

Company Name

DAS PUBLISHING SDN. BHD.

Company Type

-

Company Size

1-50

Industry

Printing / Publishing

Company SSM No

616066-A

Job Vacancies

0

DAS PUBLISHING SDN. BHD. Company Address

Taman Samudra, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia, Malaysia