Back
AWANAZSTYLE SDN. BHD. banner company

AWANAZSTYLE SDN. BHD.

Company SSM No 1324668-A · 1-50 Employees · Arts / Design / Fashion

About AWANAZSTYLE SDN. BHD.

AWANAZSTYLE SDN. BHD. merupakan syarikat bumiputera yang telah berkecipung dalam industri fesyen dan pakaian sejak ditubuhkan pada 29 April 2019. Ibu pejabat kami beroperasi di alamat No 45 & 46, Jalan Kemakmuran 1, Taman Industri Kota, *1900 Kota Tinggi, Johor.


AWANAZSTYLE SDN. BHD. merupakan syarikat pengedar dan pengeluar pakaian serbaguna Wanita yang lebih menumpukan perniagaan secara atas talian dan turut mengalukan kunjungan terus pelanggan ke butik perniagaan kami. Misi syarikat kami adalah untuk memastikan kualiti produk sentiasa berada dalam tahap yang memuaskan hati pelanggan. Selain itu, misi syarikat kami adalah untuk mengekalkan harga yang berpatutan dengan kualiti produk yang dijanjikan serta memastikan 'design' produk sentiasa mengikut kehendak pelanggan seiring dengan trend semasa. Kami juga amat komited dalam memberikan produk yang terbaik dan ianya diakui oleh para pelanggan setia produk kami. AWANAZSTYLE SDN. BHD. akan terus menyediakan produk yang berkualiti dan terbaik kepada pelanggan disamping mengutamakan konsep mesara pelanggan sebagai nilai etika yang utama dalam perniagaan kami.


Bagi mengekalkan semangat dan standard yang tinggi dalam kalangan pekerja, AWANAZSTYLE SDN BHD mementingkan kerja berpasukan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, dimana dinikmati dan disukai oleh pekerja serta mendorong mereka untuk membentuk hubungan yang baik antara satu sama lain dan mempelajari cara menyesuaikan diri dengan matlamat dan objektif syarikat.


Sejajar dengan itu, AWANAZSTYLE SDN. BHD. juga aktif dalam mengiktiraf pekerja mereka melalui pencapaian dan peningkatan yang ditunjuk oleh pekerja mereka di tempat kerja. Ia dapat mengukuhkan tingkah laku dan aktiviti tertentu yang menghasilkan prestasi yang lebih baik dan mendorong kepada hasil perniagaan yang positif sekaligus dapat meningkatkan keyakinan dan semangat pekerja untuk menjadi lebih produktif.


AWANAZSTYLE SDN. BHD. Business Information

Company Name

AWANAZSTYLE SDN. BHD.

Company Type

-

Company Size

1-50

Industry

Arts / Design / Fashion

Company SSM No

1324668-A

Job Vacancies

0

AWANAZSTYLE SDN. BHD. Company Address

No 45 & 46, Jalan Kemakmuran 1, Taman Industri Kota, Malaysia