Boomerang employee layak dicarum kwsp/socso?
Saya pernah bekerja di sebuah syarikat f&b sebagai part time crew hampir dua bulan lebih, setelah itu saya mempunyai masalah yang memerlukan saya resign. Jadi saya resign hampir sebulan lebih dan selepas itu saya memohon untuk bekerja kembali ke syarikat f&b sebelum ini sebagai full time crew dan saya diterima. Setelah dua bulan lebih saya bekerja disana, syarikat tersebut terkena isu boikot sehingga sales jatuh dan pekerja dikenakan cut hours untuk bekerja. Jadi saya mengambil keputusan untuk resign. Soalan saya, untuk situasi seperti ini adakah saya akan dicarum kwsp atau socso?. Dan bolehkah di resume saya letak keseluruhan pengalaman bekerja disana (contoh 7bulan bekerja termasuk kerja part time+full time dan resign) sebab saya tidak tahu bagaimana nak ambil kira pengalaman bekerja tersebut.