Kembali
Yang Space Sdn Bhd banner company

Yang Space Sdn Bhd Yang Space Sdn Bhd is top company

Company SSM No 1188651-K · 1-50 Employees · General / Wholesale Trading

2 Peluang Pekerjaan

Tentang Yang Space Sdn Bhd

Dalam lanskap perniagaan masa kini, pejabat bukan sekadar menjadi ruang kerja; ia kini menjadi sebuah simbol budaya dan nilai sesebuah syarikat. Ia seringkali dianggap sebagai 'rumah kedua' bagi pekerja. Memandangkan ianya menjadi tren masa kini, YANG SPACE SDN BHD, syarikat perabot pejabat telah mengimplementasikan konsep pelan pejabat secara terbuka dan terkemuka di Malaysia. Matlamat mereka adalah untuk meningkatkan standard pejabat korporat di Malaysia ke tahap antarabangsa dengan mencipta persekitaran kerja yang berkreativiti.

Pasukan YANG SPACE mendapat inspirasi daripada Google, sebuah teknologi gergasi global yang terkenal dengan persekitaran pejabatnya yang unik dan memacu kreativiti serta keselesaan pekerja. Oleh itu, strategi baru YANG SPACE menggunakan inspirasi ini untuk mengilhamkan tawaran servis mereka—merangkumi perabot pejabat, kerusi, meja, peralatan, dan stesen kerja—dengan inovasi ini ianya mampu memenuhi keinginan pelanggan, ruang kerja yang efisien, inovatif, dan lestari. Ini menunjukkan komitmen YANG SPACE sangat kompetatif dan moden, serta persekitaran kerja yang setara dengan standard antarabangsa. "Matlamat kami adalah untuk memberikan persekitaran kerja yang moden, inovatif, dan selesa bagi setiap jenis perniagaan," kata pasukan YANG SPACE.

Dengan ibu pejabat di Shah Alam, Selangor, Malaysia, YANG SPACE telah berjaya mencipta persekitaran pejabat yang menakjubkan untuk lebih daripada 5,000 klien korporat sejak penubuhannya pada tahun 2016. Antara kliennya termasuklah syarikat dan jenama ternama seperti Subplace, CUCKOO, VOLVO, ECO CARTON, HAIER, MYMENZIES, NITORI, TAN CHONG, TECK HIN MOTOR, CRADLE FUND, dan banyak lagi. YANG SPACE berbangga dengan dedikasi mereka dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang, yang tercermin dalam tahap kepuasan pelanggan yang tinggi dan keberkesanan dalam mengekalkan pelanggan.

Selain dari penyediaan solusi pejabat yang inovatif, YANG SPACE juga menawarkan perkhidmatan perancangan ruang yang komprehensif, termasuk reka bentuk tata letak, cadangan untuk pendawaian, dan penyesuaian stesen kerja, untuk memastikan integrasi yang sempurna antara ruang pejabat dan budaya syarikat. Untuk memenuhi kehendak pelanggan, YANG SPACE menggabungkan sumber dalam talian dan luar talian; klien boleh menjelajahi katalog produk dan meminta sebut harga melalui laman web rasmi atau mengunjungi ruang pamer untuk menikmati reka bentuk secara langsung.

Secara keseluruhannya, strategi baru YANG SPACE bertujuan untuk meningkatkan standard persekitaran pejabat korporat di Malaysia ke tahap antarabangsa, dengan mencipta suasana yang merangsang kreativiti. YANG SPACE komited untuk membawa inovasi dan moderniti dalam perkhidmatan perabot pejabat berkonsepkan pelan terbuka yang efisien untuk pelanggannya.

Album Yang Space Sdn Bhd

Lihat lagi
Album of Yang Space Sdn Bhd - image no.1

Maklumat Yang Space Sdn Bhd

Nama Syarikat

Yang Space Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

1-50

Industri

General / Wholesale Trading

No. SSM Syarikat

1188651-K

Peluang Pekerjaan

2

Laman Web Syarikat

Media Sosial Syarikat

social mediasocial media

Budaya dan Faedah Pekerja

Faedah Kewangan

Faedah Tambahan

  • Pembangunan Kerjaya Profesional (program latihan, bengkel, persidangan untuk meningkatkan kemahiran)
  • Aktiviti Syarikat (pembinaan pasukan, perjalanan luar, perkumpulan sosial) dan banyak lagi...

Alamat Yang Space Sdn Bhd

B-22-1, Jalan Zuhal U5/178, Pusat Komersial Arena Bintang, Shah Alam, Selangor, MY

Video Yang Space Sdn Bhd

Peluang Perkerjaan Yang Space Sdn Bhd

Sales Executive Sepenuh Masa

MYR3,000 - MYR10,000 Per Month
Closing
23 Jul 2024

Admin Assistant Sepenuh Masa

MYR2,000 - MYR3,000 Per Month
Closing
23 Jul 2024