Company SSM No 0488947-D · <50 Employees · Automobile / Automotive
'Pusat servis RBM Radiator telah mula beroperasi pada tahun 2015. Pemilik RBM Radiator mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang permotoran lebih dari 20 tahun. Krew kami juga datang dari latar belakang dunia automotif dan pakar dalam masalah teknikal berkaitan radiator. RBM Radiator telah membantu dan menyelesaikan hampir 3000 kes seperti masalah enjin ‘overheat’, radiator tersumbat dan bocor. Kami juga menjanjikan servis yang pantas dan tidak perlu mengambil masa yang lama. Daripada proses membuka, mencuci dan memasang komponen, semuanya dilakukan dengan teliti oleh krew dan pakar yang terlatih. Pelanggan juga kebanyakannya memberi respon yang positif membuatkan kami terus komited untuk menjadi pusat servis radiator yang dipercayai'