Kembali
Pmmy Group Sdn Bhd banner company

Pmmy Group Sdn Bhd

Company SSM No 1281458-K · 50-200 Employees · Healthcare / Medical

Tentang Pmmy Group Sdn Bhd

PhysioMobile Malaysia menyediakan rawatan ke rumah yang berkualiti tinggi dan berpusat di Seksyen 22, Shah Alam.

Kami merawat pesakit menggunakan teknik manual yang telah terbukti sebagai salah satu teknik yang paling berkesan dalam fisioterapi. Selain itu, kami juga menyediakan rawatan ‘in-site’, servis konsultasi dan juga ceramah pencegahan dan pengurusan untuk gangguan muskuloskeletal terutamanya sakit belakang kepada pekerja-pekerja syarikat yang cenderung untuk terkena gangguan muskuloskeletal.

Kami bersungguh-sungguh dalam merawat pesakit yang mempunyai gangguan muskuloskeletal seperti sakit belakang, sakit leher, sakit bahu, sakit lutut dan sebagainya. Rawatan yang berkualiti tinggi dan berkesan menjadi kepentingan kami.

Selain itu, kami juga menyediakan rehab yang komprehensif dan intensif kepada pesakit yang mengalami masalah neurologi, kecederaan sukan, pediatrik, geriatrik dan juga pesakit yang telah menjalani pembedahan.

Kami mula beroperasi pada bulan Ogos 2016, pada masa itu kami cuma menyediakan

rawatan ke rumah di kawasan Lembah Klang sahaja.

Walau bagaimanapun, selepas setahun kami telah berkembang dengan lebih besar dan mempunyai 12 ahli fisioterapi dan 5 orang pekerja dalam bahagian pengurusan di satu premis yang kondusif bertapak di Shah Alam.

Semua ahli fisioterapi kami mempunyai

kelayakan sekurang-kurangnya Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian).

Dengan kapasiti ini, kami mampu untuk menyediakan lebih daripada 1000 sesi yang berkualiti setiap bulan untuk rawatan ke rumah, ‘in-site’ dan perkhidmatan berpusat.

Kami telah berkoleberasi dengan Klinik Meridian Medical dalam pameran kesihatan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya pekerja hotel berkenaan kesihatan umum dan fizikal. Pada masa ini, kami menyasarkan pesakit yang mempunyai muskuloskeletal atau gangguan neurologi sekitar Shah Alam dan kawasan sekitar. Walaubagaimanapun, kami juga ada menerima pesakit daripada negeri lain termasuklah Sarawak dan Sabah.

Sekarang kami juga telah membuka lagi satu cawangan di Jalan Perjiranan, Johor Bahru dan kami juga berjaya untuk menyediakan lebih daripada 500 sesi rawatan yang berkualiti setiap bulan untuk rawatan ke rumah, ‘in-site’ dan perkhidmatan berpusat.

Maklumat Pmmy Group Sdn Bhd

Nama Syarikat

Pmmy Group Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

50-200

Industri

Healthcare / Medical

No. SSM Syarikat

1281458-K

Peluang Pekerjaan

0

Laman Web Syarikat

Alamat Pmmy Group Sdn Bhd

27-G Condominium Indah Alam, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, Selangor, Malaysia