Kembali
Merve Skin Health Sdn Bhd banner company

Merve Skin Health Sdn Bhd

Company SSM No 1173249-P · <50 Employees · Other industries

Tentang Merve Skin Health Sdn Bhd

MERVE Kosmetik merupakan syarikat kosmetik tempatan pertama di Malaysia yang berkonsepkan dunia khayalan dan dongeng. Dengan MERVE, kami percaya CANTIK BUKAN LAGI FANTASI.

Ditubuhkan pada February 2015, dengan nama MERVE Group Holdings Berhad oleh Siti Arifah Mohd Amin (Joy Revfa), satu sosok wanita yang memberi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana bahawa kehidupan seorang wanita tidak berkisar tentang kecantikan semata, tapi haruslah sihat dan berjaya. Atas sambutan yang menggalakkan dan impak yang di terima, akhirnya MERVE Group Holdings Berhad meluaskan rangkaian perniagaannya dengan menubuhkan MERVE Skin Health Sdn dan diterajui oleh Siti Arifah Mohd Amin (Joy Revfa) dan mula bergabung dengan rakan kongsinya pada January 2016 iaitu Encik Mohd Radziman Mohd Noor, yang sangat berpengalaman dalam dunia korporat dan mahir dalam bidang marketing dan pengurusan.

Diilhamkan dari keyakinan dan kejayaan wanita, matlamat MERVE adalah untuk menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan untuk semua wanita tanpa mengira lapisan umur di Malaysia khasnya dan Asia umumnya. Berkonsepkan produk kosmetik halal sesuai dengan ketentuan syariah, produk MERVE dihasilkan menggunakan bahan dari alam semulajadi seperti ekstrak buah dan kolagen.

Selain menghasilkan produk yang menuhi kehendak dan keperluan wanita, MERVE juga memberi peluang kepada wanita wanita di luar sana untuk menjana pendapatan melalui rangkaian Stokis, Ejen dan Dropship. Sehingga kini MERVE mendapat sambutan yang sangat luar biasa di Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei. Ini terbukti apabila sehingga December 2016, MERVE mempunyai 70 org stockist, 556 Ejen dan 1449 Dropship di seluruh Asia

Maklumat Merve Skin Health Sdn Bhd

Nama Syarikat

Merve Skin Health Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

Other industries

No. SSM Syarikat

1173249-P

Peluang Pekerjaan

0

Laman Web Syarikat

Media Sosial Syarikat

social media

Alamat Merve Skin Health Sdn Bhd

B-G-5 Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia., shah alam, Selangor, Malaysia