Cara Membuat Resume Pembantu Operasi

cara membuat resume pembantu operasi

Resume adalah dokumen penting dalam permohonan pekerjaan sebagai Pembantu Operasi. Ia memaparkan kelayakan, kemahiran, dan pengalaman anda kepada majikan. Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk menyusun resume yang menarik perhatian majikan.

Baca: Deskripsi Tugas Pembantu Operasi

1. Maklumat Peribadi yang Jelas

Sertakan maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon, alamat emel, dan alamat tempat tinggal dengan sususan yang teratur. Pastikan maklumat ini terkini dan mudah dihubungi.

Contoh:

  • Nama: Ahmad bin Ismail
  • Nombor Telefon: 012-3456789
  • Emel: ahmad.ismail@email.com
  • Alamat: No. 45, Jalan Cemerlang, Taman Bahagia, 43000 Kajang, Selangor

2. Ringkasan Profesional yang Menarik

Tambahkan ringkasan singkat tentang diri anda sebagai Pembantu Operasi. Tekankan kebolehan, minat, dan kesungguhan anda dalam bidang ini dan jangan overclaim.

Contoh:

Saya seorang yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas-tugas sebagai Pembantu Operasi. Mempunyai pengalaman dalam menyelenggara operasi harian serta berkomunikasi dengan baik di pelbagai peringkat.

Salary Checker: Semak gaji pasaran semasa

3. Pendidikan dan Kelayakan

Senaraikan kelayakan pendidikan anda yang berkaitan, seperti SPM atau kursus yang diminati. Jika ada sijil-sijil tambahan atau latihan berkaitan, sertakan juga.

Contoh:

Pendidikan

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bestari, 2012
  • Sijil Latihan Kemahiran, Kursus Asas Pengurusan Pejabat, 2015

4. Pengalaman Kerja atau Latihan Terdahulu

Jika ada pengalaman kerja terdahulu atau latihan yang berkaitan dengan jawatan Pembantu Operasi, tuliskan butiran tentang tempat kerja, jawatan, dan tanggungjawab anda.

Contoh:

Pembantu Operasi, ABC Corporation, Kajang, 2020-sekarang

Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan pejabat dan menyediakan sokongan operasi harian

Latihan Praktikal, Syarikat Cleaning Services XYZ, 2015

Mempraktikkan kemahiran penyelenggaraan dan pengurusan stor pejabat

ATS Resume Checker: Imbas resume dan pastikan resume anda mesra ATS

5. Kemahiran dan Kelayakan Tambahan

Tekankan kemahiran-kemahiran yang penting untuk jawatan Pembantu Operasi, seperti kemahiran komunikasi, pengurusan masa, atau kemahiran teknikal yang anda miliki.

Contoh:

  • Mahir dalam penggunaan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint)
  • Kebolehan dalam berkomunikasi dengan baik di dalam dan luar organisasi
  • Kecekapan dalam pengurusan fail dan dokumen

6. Rujukan (Opsional)

Jika ada rujukan dari majikan terdahulu atau penyelia yang boleh memberi testimoni mengenai kebolehan dan kerajinan anda, sertakan butiran rujukan. Boleh beri dua rujukan untuk majikan pilih dan buat pilihan.

Contoh:

  • Puan Siti Rahmah Binti Abdul Rahman
  • Pengurus Operasi
  • ABC Corporation, Kajang
  • Telefon: 03-XXXXXXX
  • Emel: siti.rahmah@abccorp.com

Pastikan resume anda mudah dibaca, teratur, dan ringkas. Jangan lupa untuk menyelaraskan maklumat mengikut urutan kepentingan dan memastikan tiada maklumat palsu atau tidak tepat.

Cari Kerja: Kerja kosong Pembantu Operasi di Maukerja

Share

Was these page helpful?

Your feedback helps us improve search results

Popular Jobs

jobs in Signchina International Travel Admin Sdn Bhd

Admin Executive

Fresh Graduates
KL City Kuala Lumpur
 • Full Time
Fewer than 30 applicants. You still have a chance!
RM3,000 - RM4,500Apply Now
jobs in LoanPanda Sdn Bhd

Admin

Johor Bahru Johor
 • Full Time
Fewer than 30 applicants. Your chances are good!
RM2,000 - RM2,500Apply Now
jobs in Pets Icon Grooming International Academy Sdn Bhd

Admin

Petaling Jaya Selangor
 • Full Time
Fewer than 30 applicants. You still have a chance!
RM2,800 - RM3,500Apply Now
jobs in WEUNIC Sdn Bhd

Admin

Shah Alam Selangor
 • Full Time
Fewer than 30 applicants. You still have a chance!
RM2,300 - RM3,000Apply Now
jobs in Skinmade

Admin

Rawang Selangor
 • Full Time
Fewer than 30 applicants. You still have a chance!
RM2,500 - RM4,500Apply Now
jobs in A&B Lifecapital Advisory

Admin

Fresh Graduates
Seri Kembangan Selangor
 • Full Time
RM1,800 - RM2,300Apply Now
jobs in NYH Group Sdn Bhd

Admin

Puchong Selangor
 • Part Time, Full Time
Fewer than 30 applicants. You still have a chance!
RM1,500 - RM1,800Apply Now
jobs in Millennium Battery (JB) Sdn Bhd

Admin

Senai Johor
 • Full Time
Fewer than 30 applicants. Your chances are good!
RM2,000 - RM3,000Apply Now
jobs in Hokee Sdn Bhd

Admin

Shah Alam Selangor
 • Full Time
Fewer than 30 applicants. You still have a chance!
RM2,600 - RM3,000Apply Now
jobs in My House Group Sdn Bhd

Admin

Mantin Negeri Sembilan
 • Full Time
Fewer than 30 applicants. You still have a chance!
RM1,800 - RM2,300Apply Now
jobs in Keyn International Group Sdn Bhd

Admin

Petaling Jaya Selangor
 • Full Time
Fewer than 30 applicants. Your chances are good!
RM2,000 - RM2,800Apply Now
jobs in Max Sticker Supply Trading Sdn Bhd

Admin

Puchong Selangor
 • Full Time
Fewer than 30 applicants. Your chances are good!
RM2,000 - RM2,500Apply Now