by Ani
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan inisiatif penting dengan wujudnya akaun 3 KWSP yang akan membawa perubahan signifikan dalam struktur simpanan KWSP bermula 11 Mei 2024. Langkah ini diambil untuk meningkatkan keselamatan pendapatan persaraan serta memenuhi keperluan kitaran hidup para ahli.
Sebagai sebahagian daripada penstrukturan ini, simpanan ahli akan distruktur semula daripada dua akaun kepada tiga akaun, iaitu:
Artikel Berkaitan: Apa Itu KWSP? Ini Perkara Penting Perlu Tahu Tentang KWSP
Akaun 3 KWSP atau Akaun Fleksibel adalah tambahan akaun baru KWSP yang menyumbang 10% daripada jumlah simpanan ahli. Akaun 3 KWSP ini bertujuan untuk menangani keperluan kewangan jangka pendek ahli.
Simpanan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3 KWSP) boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertentu, tetapi KWSP menekankan agar pengeluaran dilakukan hanya untuk kecemasan dan keperluan mendesak sahaja.
Artikel Berkaitan: "Rupanya Boleh Guna Simpanan Akaun II KWSP" - Ini Lagi 2 Kelebihan Lain Dan Cara Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Menggunakan KWSP
Pekerjaan Terkenal:
Panduan Kerjaya:
Lokasi: