by Ani
Walaupun dah kerja lama, tapi masih ramai pekerja kita yang tak tahu macam mana cara kira gaji per jam, per hari dan per bulan.Gaji merupakan satu bentuk ganjaran yang diberikan kepada pekerja sebagai balasan atas perkhidmatan yang mereka berikan kepada majikan. Bagi sesetengah pekerja, ia mungkin hanya sekadar angka, tetapi untuk kebanyakan individu, ia merupakan satu perkara yang penting dalam menentukan kestabilan kewangan dan taraf hidup. Oleh itu, penting bagi pekerja dan majikan untuk memahami bagaimana nak kira gaji dengan betul.
Menurut Akta Kerja 1955, upah atau gaji merujuk kepada sebarang bayaran yang diberikan kepada pekerja secara wang tunai. Ini termasuklah pembayaran gaji secara mingguan atau bulanan seperti yang diperjanjikan dalam kontrak perkhidmatan. Ia juga menetapkan bahawa pembayaran gaji hendaklah dilakukan tidak melebihi tempoh satu bulan, dan jika tempoh ini tidak dinyatakan dalam kontrak, pembayaran gaji tetap dianggap sebagai bayaran untuk satu bulan.
Seksyen 18 pula menyatakan bahawa majikan wajib membayar gaji kepada pekerja tidak lewat dari 7 hari selepas tamat tempoh gaji tersebut. Ini bermakna, gaji perlu dikreditkan ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari pertama setiap bulan.
Artikel Berkaitan: Keliru gaji korang ni kecil ke besar? Ini Salary Guide korang patut tahu!
Dalam proses pembayaran gaji, terdapat beberapa jenis gaji yang perlu diambil perhatian oleh majikan dan bahagian Sumber Manusia. Antara jenis-jenis gaji tersebut termasuklah gaji pokok, gaji kasar dan gaji bersih.
Artikel Berkaitan: Tak Sangka, 5 Kursus Degree Ni Offer Gaji Basic Tinggi! Gaji Masyuk Tu Dik
Bagi menentukan jumlah gaji pekerja, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti. Sebagai contoh, apabila mengambil kira seorang pekerja seperti Rohani yang menerima gaji bulanan sebanyak RM2,000 ditambah dengan elaun pengangkutan sebanyak RM200, serta potongan KWSP sebanyak RM242, PERKESO sebanyak RM10.75, dan SIP sebanyak RM4.4, kita boleh menggunakan formula berikut:
Maka, berdasarkan contoh di atas, jumlah gaji per jam dan per hari Rohani boleh dikira seperti berikut:
Dengan menggunakan nilai yang diberikan sebelum ini, pengiraan bagi Rohani adalah seperti berikut:
Dengan adanya formula gaji ini, pekerja dan majikan dapat dengan mudah mengira gaji pekerja berdasarkan gaji kasar yang diterima serta potongan wajib yang perlu dibuat. Ini akan membantu memastikan bahawa proses pembayaran gaji berlaku secara telus dan adil kepada semua pihak yang terlibat.
Pekerjaan Terkenal:
Panduan Kerjaya:
Lokasi: