Gaji Berbeza Sebab Bangsa, Confession Ni Dapat Reaksi Berbeza Dari Netizen
# MauLuah

Gaji Berbeza Sebab Bangsa, Confession Ni Dapat Reaksi Berbeza Dari Netizen

post by Ani

by Ani

Dec 18, 2023
pada 3:17 PM

Gaji Berbeza Sebab Bangsa, Confession Ni Dapat Reaksi Berbeza Dari Netizen

Baru-baru ni admin ada kongsikan luahan seorang pekerja yang menerima gaji kurang seribu dari officemate Cina yang lain walaupun mereka sama jawatan dengannya.  Dalam luahannya itu, dia berkongsi pengalaman yang sedang dihadapinya di tempat kerja. Baru-baru ini, dia menyedari bahawa rakan sejawatnya dari kalangan Cina, yang memegang jawatan sama dengannya di syarikat Cina tempat dia bekerja tu menerima gaji yang lebih tinggi sebanyak 1,000 ringgit!

confession

Persoalan yang melanda fikirannya ialah, adakah ini perkara yang wajar? Mengapa terdapat perbezaan gaji yang begitu ketara antara dirinya dan rakan sejawat Cinanya itu, padahal mereka berdua mempunyai tanggungjawab dan kedudukan yang serupa?

Dia sendiri tidak pasti mengapa terdapat perbezaan yang ketara di antara mereka yang memegang jawatan yang serupa. Adakah ini berkaitan dengan faktor tertentu atau polisi gaji syarikat?

Namun, hal ni dapat reaksi yang berbeza dari netizen. Ada yang komen dan nasihatkan confessor ni supaya kerja dan ambil pengalaman terlebih dahulu. Lepastu, baru cuba cari peluang di tempat kerja lain. 

komen netizen 2

Bukan itu sahaja,  ada juga nasihatkan dia supaya jangan terlalu fikirkan mengenai gaji orang lain sebab benda tu akan buatkan hidupnya tak tenteram. 

Tapi, ada juga yang berpendapat sebaliknya. Ada yang komen bagitahu bahawa benda tu memang perkara biasa dan lagi parah ada juga staff baru je masuk kerja dengan position yang sama tapi kerja asyik nak mengarah je staff yang lama.

komen netizen

Ada juga bagitahu pengalamannya kerja dimana gaji budak SPM lagi tinggi dari budak yang ada Diploma.  Adakah sesiapa di sini pernah mengalami situasi yang serupa? Bagaimana anda menangani atau menyelesaikan isu berkaitan gaji di tempat kerja?


Cari Peluang Kerja Dengan Maukerja Disini: