Terpaksa Jadi “Cleaner” Di Ofis - Luahan Sedih Seorang Intern Disalahguna Oleh Majikan
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # MauLuah

Terpaksa Jadi “Cleaner” Di Ofis - Luahan Sedih Seorang Intern Disalahguna Oleh Majikan

post by Ani

by Ani

Jun 22, 2023
pada 2:36 PM

Terpaksa Jadi “Cleaner” Di Ofis - Luahan Sedih Seorang Intern Disalahguna Oleh Majikan

Latihat praktikal merupakan langkah penting bagi pelajar untuk mendapatkan pengalaman kerja serta meningkatkan kemahiran mereka. Walau bagaimanapun, tidak semua tempat praktikal menawarkan peluang pembelajaran dan perkembangan yang positif sebagaimana yang dijanjikan. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan luahan sedih dari seorang pelajar intern lelaki yang berusia 22 tahun yang menghadapi eksploitasi dan dia disalahguna oleh majikan.

Dia berkata pada mulanya dia berasa sangat bersemangat nak mulakan latihan praktikalnya dan berharap dapat mengaplikasikan kemahiran fotografi dan media yang dimiliki di syarikat yang bakal dia jalani latihan praktikal. Tapi malangnya, setelah beberapa hari dia mendapati dirinya hanya diberi tugas-tugas yang ‘simple’ seperti menyapu lantai dan kerja-kerja pembersihan. 

“Hari-hari tugas saya asyik kena sapu sampah je, kadang toilet pun saya kena basuh. Jadi apa guna saya intern kalau kene buat keje macamtu”- katanya. Dia juga terguris hati dan kecewa apabila supervisor dia asyik pertikaikan penampilannya. Supervisor dia kerap komen mengenai rambutnya dan mendesak dia untuk potong rambut mengikut seleranya. 

“Kalau jumpa je dia (supervisor), mula la dia hina rambut saya, katanya macam orang kampung dan tak trendy la..perlu ke judge sampai macamtu sekali?” - katanya yang sangat kecewa dengan tindakan supervisornya itu.

Baginya, tingkah laku seperti ini bukan sahaja melampaui batas, malah menunjukkan kurangnya rasa hormat dan sopan terhadap dirinya. Dia juga berasa penat dan tak semangat nak jalani latihan industri kalau asyik-asyik buat kerja “menjaga kebersihan ofis” sahaja. Dia kesal sepatutnya dia dapat lakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang yang dia ambil namun lain pula jadinya.

Setelah menyedari dan tak tahan dengan penyalahgunaan ini, dia mengambil langkah berani dengan melaporkan situasi tersebut kepada penasihat akademiknya. Dalam usaha mendapatkan bantuan, penasihat tersebut mencuba untuk menghubungi supervisor tersebut untuk membincangkan kebimbangan yang telah dibangkitkan. Namun, supervisornya itu tidak menjawab panggilan tersebut walaupun sudah dihubungi berkali-kali.

Dek kerana sudah tidak tahan dengan perangai supervisornya itu, dia akhirnya memutuskan untuk berhenti dan memberitahu supervisornya rasa ketidakpuasan hatinya selama ini. “Saya faham dah kenapa pelajar praktikal sebelum ini berhenti” - ujarnya kepada supervisor tersebut.

Kesimpulannya, janganlah kita mengambil kesempatan kepada pelajar praktikal. Adalah penting bagi institusi pendidikan, majikan, dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan segera dalam menangani isu-isu seperti ini. Praktikal seharusnya menjadi peluang untuk bimbingan, perkembangan kemahiran, dan pertumbuhan profesional, bukan tempat eksploitasi dan penyalahgunaan.

Btw, zaman sekarang korang dah tak perlu email satu persatu syarikat dah kalau korang nak mohon kerja. Korang boleh drop je resume dekat profil syarikat yang korang nak mohon tu. Korang hanya perlu taip nama syarikat yang korang nak kerja & drop resume di profil syarikat tersebut. Drop resume di sini.