Wanita Sangsi Dengan Masa Depan Gara-Gara Gaji Bakal Suami 3x Ganda Lagi Rendah Darinya
# MauLuah

Wanita Sangsi Dengan Masa Depan Gara-Gara Gaji Bakal Suami 3x Ganda Lagi Rendah Darinya

post by Ani

by Ani

Jun 17, 2023
pada 10:45 AM

Wanita Sangsi Dengan Masa Depan Gara-Gara Gaji Bakal Suami 3x Ganda Lagi Rendah Darinya

Faktor kewangan sememangnya salah satu elemen penting di dalam sesebuah perhubungan. Ia cenderung dikaitkan dengan golongan "Adam" memandangkan mereka yang akan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Bagi sesetengah pasangan, mungkin bab kewangan bukan isu besar di mana ada yang mengambil pendekatan saling bantu-membantu dan bertolak ansur. Namun hakikatnya, lama kelamaan ia mampu mengundang bibit-bibit pergaduhan antara pasangan dan jangan terkejut, data yang dikongsi oleh mahkamah syariah sebelum ini menunjukkan masalah kewangan menjadi penyumbang utama kes penceraian di negara ini & ada yang bercerai kerana gaji tak mampu menampung keluarga.

Situasi yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman Twitter @Twtmalaywedding juga berkisarkan isu yang sama di mana dia meluahkan kebimbangan lantaran bakal suaminya mempunyai pendapatan yang jauh lebih rendah.

"Saya dengan boyfriend dah hampir dua tahun (bercinta) dan kami rancang nak kahwin tahun depan. Kami sayang antara satu sama lain tapi ada satu saja masalah dalam relationship. "Gaji saya tiga kali lebih besar daripada dia dan gaji dia hanya cukup-cukup makan saja. Kadang dia terpaksa ikat perut tak makan. Kadang saya bagi duit untuk dia makan. Tiap kali keluar, saya yang akan bayar semua," luahnya dalam mesej yang dikongsikan di laman itu.

Menurut wanita tersebut, dia bukanlah seorang yang berkira dengan bakal suami sendiri namun kadang kala terbit perasaan mahu dilayani seperti wanita lain oleh kekasih sendiri.

"Saya bukan berkira tapi saya nak jugak rasa dibelanja atau kalau bayar separuh-separuh pun saya tak kisah. Hari jadi saya dia tak bagi apa-apa hadiah. Kalau saya beritahu tak nak jumpa dia, dia akan merajuk," kongsinya.

Memikirkan mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, isu kewangan menjadi perkara yang menghantui fikiran wanita ini. "Saya dah suruh dia tukar kerja tapi iyalah, sekarang bukan senang nak dapat kerja. Saya fikir nanti kahwin dia mampu ke nak bagi nafkah untuk saya, untuk anak-anak?

"Saya patut teruskan relationship sampai kahwin ke? Saya selalu fikir apabila dah kahwin nanti macam mana kehidupan kami? "Sekarang semua benda perlukan duit. Saya buntu tak tahu nak decide apa. Tolong saya," luahnya lagi.

Sementara di ruangan komen, pelbagai pandangan yang disuarakan oleh netizen, namun rata-ratanya menyarankan agar wanita tersebut mencari pasangan yang sekufu.

"Tinggalkan dia, carilah yang sekufu. Lelaki adalah provider, kalau sampai nak belanja makan pun tak mampu, anda tahu anda tak akan bertahan lama... apabila kahwin nanti lagi sakit.

"Gaji kecil kalau rajin bekerja dan konsisten belajar dan buat apa yang perlu untuk cari income tambahan tak ada masalah, kalau sebaliknya maka faham-faham jelah.

"Seeloknya move on sebelum keadaan jadi lebih teruk dan dipergunakan," demikian antara komen netizen.

Kesimpulannya, isu kewangan dalam hubungan pasangan memainkan peranan penting dan boleh mempengaruhi keharmonian rumah tangga. Wanita yang menghadapi kebimbangan mengenai perbezaan pendapatan dengan bakal suaminya memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi oleh beberapa pasangan. Penting bagi mereka untuk mempertimbangkan kestabilan kewangan dan komitmen pasangan dalam memenuhi tanggungjawab perkahwinan. 

Btw, zaman sekarang korang dah tak perlu email satu persatu syarikat dah kalau korang nak mohon kerja. Korang boleh drop je resume dekat profil syarikat yang korang nak mohon tu. Korang hanya perlu taip nama syarikat yang korang nak kerja & drop resume di profil syarikat tersebut. Drop resume di sini.